Malaysia masih belum dapat mengeluarkan beras ke tahap saradiri, dimana masih bergantung dengan 30 % beras impot untuk menampung keperluan bukan sahaja warga yang semakin bertambah malah pekerja asing di negara ini.
Keadaan ini perlu diberi perhatian kerana mengikut statistic hanya 7% sahaja pengeluaran beras dunia yang diperdagangkan di pasaran. Keluasan tanah sawah yang semakin berkurang saban tahun juga memberi impak besar dalam pengeluaran yang sekarang ini hanya bergantung kepada lebih kurang 70% penghasilan untuk menampung keperluan.
Justeru itu program ini dirangka untuk memberi pendedahan kepada masyarakat terutama golongan belia tentang isu jaminan bekalan makanan yang akan memberi focus kepada sumber makanan utama iaitu beras.
“Isu jaminan bekalan makanan telah mendapat tumpuan dunia termasuk Malaysia apabila harga makanan terutama beras meningkat secara mendadak pada tahun 2008” - Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011 - 2020 (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani)
Tak kenal maka tak cinta - dengan itu peserta dibawa untuk berprogram secara praktikal di sawah untuk memberi pendedahan kepada kemahiran penanaman padi.
Program yang telah berlangsung pada 27, 28 dan 29 September 2013 ini di Jelapang Padi Selangor (Sabak Bernam dan Kuala Selangor) dengan anjuran bersama Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia Bahagian Negeri Selangor dengan rakan strategik Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor dan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC).
Penglibatan peserta untuk program ini adalah dari Kelab MyAgrosis Universiti Teknologi MARA, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Selangor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Politeknik Sultan Idris Shah, Belia Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia dan Tim Aspirasi Nasional.
Peserta yang terdiri daripada kumpulan belia yang berbagai latarbelakang dan bidang pendidikan yang berbeza (pertanian, kejuruteraan, sains, alam sekitar dsb) dipilih untuk diberi pendedahan, agar dapat sama menyumbang tenaga dan idea dalam meningkatkan nilai tambah dalam sector penanaman padi dimasa akan datang, demi membangun Negara Malaysia yang bermartabat.
Kedepan peserta akan didedahkan lagi dengan penglibatan mereka didalam satu forum yang dirangka bagi membincangkan isu cabaran dan potensi penanaman padi dalam meningkatkan keperluan makanan Negara.
Harapan dapat didokumenkan segala idea dan penemuan inovasi daripada program yang dijalankan untuk diserahkan kepada pihak IADA rakan kerjasama yang komited dalam memberi perlatihan untuk dikongsikan kepada para petani dalam membantu meningkatkan pengeluaran padi Negara dimasa hadapan.