PENGENALAN PROGRAM PERTANIAN WARISAN
Pertanian adalah amat penting bagi sesebuah Negara kerana ia merupakan proses penghasilan sumber kehidupan utama (makanan) bagi menampung keperluan warganya.
Pertambahan penduduk bagi sesebuah Negara membawa maksud bidang pertanian harus di pertingkatkan demi menjamin bekalan yang mencukupi sehingga mampu mencapai tahap sara diri.
Majunya sesebuah Negara mesti seiring dengan majunya pertanian , dimana sumber makanan yang CUKUP, MUDAH DAPAT, SELAMAT dan MAMPU DIBELI (Dasar Agromakanan Negara) amat perlu bagi menggerakkan modal insan yang cergas dan cerdas untuk memacu Negara ke tahap yang lebih tinggi.
Sektor pertanian juga turut menghadapi cabaran yang memerlukan transformasi dalam memacunya kearah melalui persekitaran ekonomi global yang lebih dinamik dan kompentitif.
Pertanian tidak boleh lagi dipinggirkan dan ditinggalkan dalam mengejar kemajuan Negara sebaliknya mesti diwariskan. Pelapis pertanian harus siap untuk di dipersiapkan dengan ilmu dan teknologi terkini demi berjuang bersama membangun Negara melalui cabang pertanian.
Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba diantara hamba-hamba kami, yang telah kami berikan kepadanya rahmat dari sisi kami, dan yang telah kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi kami – Surah Al Kahfi ayat 65
Yayasan Al Tarbiyah Malaysia merasa terpanggil untuk turut serta memainkan peranan dalam mempersiapkan wadah bagi membantu mendidik masyarakat terutama golongan muda dalam mendekati pertanian selari dengan misi dan visi Yayasan untuk memperkasakan ekonomi dan modal insan luar bandar.
Demi memulakan langkah ini, kami bermula dengan Program Perlatihan Penanaman Padi Secara Praktikal dan Program Pendedahan Kemahiran Penanaman Padi Kearah Misi Jaminan Bekalan Makanan Negara.