Lanjutan dari program Kayuhan Kenali Desa 2011 yang akan diadakan pada 19 dan 20 November 2011, surat-surat jemputan telah diedarkan kepada pihak-pihak yang terbabit.
Susulan dari itu, pada 2 November 2011, surat jemputan kepada Ketua Polis Trafik IPD Hulu Selangor dan juga kepada YDP Majlis Daerah Hulu Selangor telah diedarkan. Jawapan yang diterima adalah positif dan amatlah menggalakkan.
Kayuhan Kenali Desa 2011 (KKD) ini adalah lanjutan dari program besar dari kelab ACT iaitu Kayuhan Cinta Negara 2011 (KCN). KKD ini akan dilaksanakan pada 19 dan 20 November melibatkan jangkaan seramai 80 orang. KKD ini dianjurkan kelab ACT negeri Selangor. Ia juga akan melibatkan sebanyak 16 kampung dalam Mukim Hulu Bernam termasuk 2 kampung cina.
Kelab ACT ini adalah kelab basikal yang mempromosikan gaya hidup sihat. Tidak hairanlah, kesemua ahli dalam kelab ini tidak merokok. Dalam pada itu kelab ini juga banyak melibatkan diri dengan kegiatan masyarakat dalam daerah atau negeri.