Satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. Skim ini adalah berpandukan Standard (SALM) dan berdasarkan Malaysian Standard MS 1784 : 2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practices (GAP). Elemen-elemen pensijilan SALM :
KEBAIKAN APB
a. Dapat menghasilkan produk-produk pertanian yang berkualiti dan selamat
dimakan kerana kandungan residu racun makhluk perosak adalah di paras
yang dibenarkan
b. Dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
c. Mengutamakan kaedah kawalan perosak bersepadu.
d. Dapat mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak.
e. Menjamin keselamatan serta kebajikan pekerja ladang
f. Meningkatkan hasil pengeluaran
g. Hasil pertanian dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa
h. Membantu membangunkan industri pertanian negara secara mesra alam dan
lestari.
- Kebolehkesanan
- Penyimpanan Rekod Dan Audit Dalam
- Bahan Tanaman
- Sejarah Dan Pengurusan Tapak
- Pengurusan Tanah Dan Media
- Pengurusan Baja
- Pengairan Dan Fertigasi
- Perlindungan Tanaman
- Penuaian
- Rawatan Pascatuai
- Analisis Hasil
- Pengurusan Sisa Ladang
- Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja
- Pengurusan Alam Sekitar
- Rekod Aduan
- Perundangan