HULU BERNAM, 20 November – Peserta kayuhan basikal ACT Selangor berjaya menamatkan kayuhan sejauh 126.7 km mengelilingi tiga mukim terbesar di sini dalam tempoh 2 hari bermula pada 19 November 2011 dan berakhir semalam. Peserta terdiri daripada 34 orang atlit dan 22 orang panitia, dari latarbelakang yang berbeza meliputi pelbagai lapisan masyarakat.
Selain dari mempromosi cara hidup yang sihat, menurut Ketua Ekspedisi Kayuhan Kenali Desa 2011, En. Ahmad Fauzi bin Abu Hassan kayuhan ini turut bertujuan untuk mengenali masyarakat desa dengan lebih dekat khususnya di negeri Selangor memandangkan kebanyakan atlit adalah berasal daripada bandar.
Tabuh yang kian jarang didengari di bandar berbunyi bersama kumandang suara azan subuh menandakan bermulanya program ini. Kesemua peserta sudah bersiap sedia untuk solat subuh berjemaah di Masjid Nurul Hidayah, Kg Desa Maju Sg. Tengi. Program diteruskan dengan tazkirah ringkas oleh imam masjid bertajuk ‘Agama yang diredhai Allah ialah Islam’. Imam masjid turut berpesan agar memanfaatkan masa dengan perkara yang lebih berfaedah, “kalau sibuk urusan dunia, jangan sampai akhiratnya tercicir,” katanya.
“Saya amat kagum dengan semua peserta, anak-anak muda melayu yang amat berdisplin dan berkumpul seawal pagi untuk memulakan kayuhan di mukim yang terbesar di negeri Selangor ini. Saya harap anda semua dapat menjaga stamina dengan baik,” kata Penghulu Mukim Hulu Bernam Utara, En. Mohammad Jamali sebelum merasmikan pelepasan peserta kayuhan pada pukul 8.30 pagi di Dataran Kg. Desa Maju Felda Sungai Tengi.
Wakil ACT Selangor telah menyerahkan dan sebahagiannya ditanam oleh mereka sendiri pokok-pokok buah yang terpilih di setiap hentian, sebagai tanda silaturahim yang berterusan antara atlit dan pihak kampung yang terlibat di samping menangani isu pemanasan global. Sebanyak 14 kampung yang sempat disinggahi oleh kesemua atlit dimulai dengan 7 kampung pada hari pertama di Mukim Hulu Bernam Selatan iaitu Kg.Gedangsa, Kg.Gesir Tengah, Kg. Lalang, Kg. SKC Seri Keledang, Kg. Alah Batu dan berakhir di Kg. Soeharto.
Rakan Masjid Al-Makmur Gedangsa
Tepat jam 10 pagi sejauh 20.06 km peserta tiba ke lokasi yang pertama iaitu di Masjid Al-Makmur Kg. Gedangsa. Kehadiran ACT Selangor disambut dengan baik oleh penduduk setempat dengan disertai Kumpulan Basikal Milamar di bawah kelolaan Rakan Masjid Al-Makmur Gedangsa.
Dengan adanya rakan masjid yang aktif di sini, kebanyakan anak-anak peneroka dan belia kampung terlibat dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Sebahagian daripada mereka telah mengusahakan penternakan lembu dan kambing yang sekurang-kurangnya 30 ekor setiap orang yang menjadi sumber utama pendapatan mereka, selain perkhidmatan kolam pancing.
Menurut Pengerusi JKK Kg. Gedangsa, Tn Hj Mansor bin Sarip, Kg. Gedangsa adalah sebuah rancangan yang tertua dan pada awal penubuhannya adalah sebuah estet getah bukanlah kawasan rancangan kelapa sawit. Kini kawasan tersebut kian membangun dengan infrastruktur yang lengkap, dan setakat ini hanya perpustakaan yang diharapkan dapat dibina.
Peserta kayuhan bergerak ke lokasi kedua di Kg. Gesir Tengah yang terletak sejauh 9.11 km dari lokasi sebelumnya, dan atlit tiba pada pukul 11.20 pagi. Pengerusi JKK Kg. Gesir Tengah, En.Mohd Salleh bin Ri yang menyambut ketibaan atlit ACT Selangor melahirkan rasa bangga kerana semua atlet adalah bebas dari merokok dan membawa mesej cara hidup sihat dengan sangat baik di samping aktif dengan riadah berbasikal. Mereka kemudian mengelilingi Kg. Lalang yang berdekatan, sejauh 2 km untuk menanam pokok dan meneruskan perjalanan.
Bersemangat waja dan penuh kesabaran
Di bawah panas terik mentari dengan laluan berbatu pasir dan lopak yang banyak, sangat mencabar bagi atlet ACT Selangor untuk tiba ke kampung seterusnya iaitu Kg. SKC Seri Keledang. Kalau tidak kerana semangat waja dan kesabaran yang tinggi pasti ramai yang sanggup berpatah balik dari melalui jalan yang hanya dilalui oleh lori pasir ini. Walaubagaimanapun, dusun betik terbesar di sepanjang laluan di sini sangat menarik perhatian kerana berbuah cantik, yang membanggakan ialah pengusahanya melayu. Perjalanan ke sini dengan berbasikal mengambil masa sejam setengah, sejauh 21.2 km.
“Ibarat ular yang menyusur di bawah akar, bisanya takkan hilang, begitulah perumpamaan yang boleh saya katakan untuk semangat yang ditunjukkan, pendekatan dan kepimpinan Ketua Ekspedisi anda semua di sini. Saya rasa sangat bersyukur tuan-tuan semua sanggup ke sini dengan usaha yang murni, kerana kampung ini ketandusan kepimpinan yang sebegini,” puji En. Ashaari Amzah, Pengerusi JKK Kg. SKC Seri Keledang.
Menuju ke destinasi keenam, sebuah kampung yang dikatakan termiskin di Selangor, iaitu Kg. Alah Batu sejauh 5.36 km dari lokasi sebelumnya atlet melalui jalan berbatu-bata yang tidak rata dengan lebar yang sangat kecil dan hanya muat untuk sebuah kereta sahaja.
Penat berkayuh atlet kian pudar apabila melihat dari jauh, sebahagian anak-anak kecil yang sedia menyambut ketibaan mengibarkan jalur gemilang penuh semangat mengiringi atlet untuk masuk ke balairaya Kg. Alah Batu. Bagi Ketua Kg. Alah Batu, En.Aziz b. Mohd idris, “Ini adalah pencapaian yang sangat baik kerana untuk sampai ke sini jauhnya lebih 50 km dari pusat bandar,” ujarnya sambil menceritakan sejarah nama asal kampung tersebut.
Felda Soeharto
Atlet mulai bergerak ke hentian terakhir untuk hari pertama, menuju ke Felda Kg. Soeharto sejauh 24.42 km, dalam keadaan hujan lebat dan berkabus melalui semula jalan yang berlopak tadi memang sangat menguji ketahanan dan tiba di Masjid Al-Taufiqiyah pada jam 5.42 petang.
Menurut imam masjid di sini, nama asal kampung ini ialah Kg. Sg. Dusun, kemudian ditukar kepada Kg. Soeharto bersempena dengan lawatan bekas presiden Indonesia, Soeharto.
En. Sahiful Nahar bin Dimyati, 42 wakil ketua Kg. Soeharto adalah generasi kedua peneroka di sini, yang kembali semula ke kampung sebagai pembimbing kepada generasi ketiga. Menurut beliau, perniagaan IKS yang paling berjaya di Kg. Soeharto ialah dari ketua kampungnya sendiri, En. Rufaie bin Waris yang telah mengusahakan perniagaan keropok dan kerepek mewarisi perniagaan ayahnya, kini mendapat pasaran meluas di seluruh tanah air dan biasanya boleh didapati di hentian-hentian lebuhraya utara selatan. Beliau amat berharap agar ahli ACT Selangor dapat menganjurkan program bersama anak muda generasi ketiga di sini tentang bengkel keselamatan jalanraya dan motivasi untuk masa akan datang.
Pada hari kedua, atlet ACT Selangor meneruskan kayuhan melalui dua mukim lagi yang terdiri daripada 7 kampung iaitu Kg. Sg Selisik, Kg. Serigala, Kg. Org Asli Serigala, Kg Hasan, Kg. Hulu Bernam Utara, Kg. Baru Sejantung dan berakhir di Kg. Pasir Puteh Kalumpang.
Skim Micro Credit bantu IKS
Lokasi pertama kayuhan adalah sejauh 20.20 km dan tiba di Dewan Serbaguna Sg. Selisik pada pukul 10.02 pagi. Kehadiran atlet ACT Selangor disambut meriah oleh penduduk kampung dengan disambut oleh anak-anak kecil yang berbasikal mengiringi ke dewan. Peserta kayuhan turut didedahkan pelbagai produk IKS yang boleh dibeli dan diberi percuma seperti dodol, tapai ubi, tat bengkulu, burger kampung, bahulu kemboja, kuih tiram, ikan pekasam, kerepek dan juga pameran beberapa barang dapur seperti dulang,dan pinggan mangkuk kaca.
“Besarlah harapan saya agar nilai-nilai tradisi oleh nenek moyang kita dipelihara, agar tidak terlepas pandang oleh generasi muda hari ini, selari dengan hasrat ACT Selangor kenali desa kerana bakal menjadi aset untuk generasi masa akan datang. Selain itu, saya juga berharap agar program ini berkonsep seperti serampang dua mata supaya produk IKS di sini boleh pergi jauh dan menjadi sumber pendapatan yang tetap bagi mereka.”, bicara pembuka dari Pengerusi JKK Kg Sg. Selisik, En. Yusop Yaacob.
“Skim Micro Credit (SkimSel) banyak membantu dan mengubah taraf hidup penduduk di sini melalui perniagaan IKS. Pendekatan yang digunakan untuk memastikan perniagaan ini berjaya ialah melalui perniagaan secara berkumpulan iaitu 5 orang satu kumpulan, perlu menghadiri perjumpaan secara mingguan dan dipantau oleh saya sendiri,” ujar beliau lagi.
Atlet ACT Selangor kemudiannya turut singgah ke Kg. Serigala yang terletak kira-kira 300 m dari lokasi berkenaan untuk sesi penanaman pokok.
Hari Jadi Orang Asal
Dari jalan besar kelihatan papan tanda Kg. Orang Asli Serigala, sejauh 8 km ke dalam ialah jalan masuk ke lokasi atlet ACT Selangor seterusnya. Jalan yang melekuk-lekuk dan bentuk muka bumi yang tidak rata seolah-olah seperti ‘roller coaster’ ini akhirnya berjaya juga ditempuh dan tiba di sini pada pukul 11.45 pagi.
Menurut Tok Batin (gelaran yang dilantik oleh sultan) Kg. Orang Asli Serigala di sini, Batin Husin bin Awa, nama kampung tersebut telah beratus tahun terdiri daripada 198 orang yang berasal dari pelbagai suku kaum seperti temuan, semai dan lain-lain. Cukup membanggakan ialah setiap dari orang asli di sini dididik dari kecil untuk mengetahui ‘tarian sewang’, tarian tradisi mereka. Begitu juga dengan bahasa pertuturan, mereka masih lagi bertutur dengan bahasa suku kaum masing-masing.
“Saya pun memang menggalakkan anak-anak muda kini untuk menglibatkan diri dalam aktiviti riadah seperti ini. Kini, saya sedang usahakan untuk dapatkan satu hari cuti umum sempena meraikan perayaan Orang Asli yang dinamakan ‘Hari Jadi Orang Asal’ supaya turut dimasukkan di dalam kalendar tahun hadapan. Saya baru dimaklumkan bahawa usaha ini akan berjaya.”ujar beliau lagi yang turut menjelaskan sebahagian Orang Asli di sini majoritinya masih dengan kepercayaan anisma lagi, walaupun ada sebahagian dari mereka adalah Muslim.
Kebun Pisang terbesar di Malaysia
Destinasi seterusnya ialah ke Kg. Hasan yang terletak 8km dari lokasi singgahan sebelumnya, atlet tiba di kawasan ini pada pukul 12.50 pm dan berkumpul di Balai JKKK Kilang Papan dan Kg Hasan Hulu Bernam.
Di sepanjang perjalanan kali ini, kami mendapati kebun pisang yang terbesar di Malaysia, milik kerajaan negeri dan pengusaha eset pisang tersebut. Ini bertujuan untuk di export keluar negara, yang berjenama ‘Dole’.
Pengerusi JKKK Kg Hasan, En.Chew Cheong Soon berkata, “aktiviti ini banyak memberi pendedahan kepada orang kampung setempat dan menjadi satu pengalaman baru bagi mereka kerana inilah julung kalinya sebuah kelab basikal datang melawat org kg. di sini”, dengan gembira beliau memberi sumbangan air minuman bertenaga, jenama ‘Revive’ kepada semua ahli ACT Selangor.
Walaupun nama tempat ini ialah Kg. Hasan sempena nama tuan tanahnya yang asal, tetapi kini penduduk majoriti kg ini ialah kaum Cina. Paling menarik, En. Chew Cheong Soon sanggup meluangkan masa dengan turut sama mengayuh basikal menuju ke kampung yang seterusnya, iaitu Kg. Hulu Bernam Utara sejauh 780 m, berkumpul di perkarangan kedai makan dan mereka semua tiba di situ pada pukul 1.00ptg.
Kongsi pengalaman berbasikal
Menurut wakil ketua Kg. Hulu Bernam Utara, En. Md Tajuddin bin Hj Salam, jumlah penduduk di sini adalah sekitar 2000-2500 orang yang terdiri daripada 70% kaum Melayu, 20% kaum Cina, dan 10% adalah dari kaum India. Kebanyakan dari penduduk di sini, biasanya berurusan di pekan Tanjung Malim sahaja memandangkan lebih dekat, termasuk anak-anak yang sekolah.
En.Aziz bin Ariffin, 61 penduduk sebagai wakil JKKK menceritakan pengalaman beliau ketika remaja dulu yang mengayuh basikal setiap hari berulang dari Pelabuhan Klang ke Banting, disebabkan bersekolah di Pelabuhan Klang sejauh kira-kira 40km.
Hujan mulai turun renyai-renyai, kami tetap meneruskan kayuhan ke Kg. Baru Sejantung yang terletak 7.45 km dari Kg. Hulu Bernam Utara dan tiba di sana pada pukul 3.00 ptg. En. Tan Kok An, 63 yang baru setahun menjawat sebagai Ketua Kg. Baru Sejantung, nama asal kampung tersebut ialah Kalumpang tetapi telah ditukarkan kepada Kg. Baru Sejantung.
Penduduk di sini adalah majoritinya kaum Cina, yang mana biasanya program besar yang diadakan pasti akan turut bekerjasama dengan penduduk di Kg. Hasan, Kg. Kilang Papan dan Kg. Sejantung secara bergilir-gilir setiap tahun.
Basikal Fixie yang berwarna-warni
Kayuhan kali ini berakhir di Balairaya Kg. Pasir Puteh Kalumpang, 2.02 km sahaja dari Kg. Baru Sejantung Kalumpang, dan semua peserta kayuhan tiba di destinasi ini pada pukul 3.53 ptg. Kehadiran ACT Selangor disambut oleh 40 orang remaja belasan tahun yang berbasikal warna-warni, menjadi trend masakini remaja. Persembahan Basikal Fixie dari adik-adik ini amat mengagumkan, sekurang-kurangnya mereka terlibat dengan aktiviti yang sihat.
Menurut Ketua Kg. Pasir Puteh Kalumpang, Tn Hj Tarmizi b. Karim, penduduk di sini adalah 100% terdiri daripada kaum melayu sahaja. Perkampungan asalnya ialah di kawasan Sungai Sabai yang terletak kira-kira 8 km dari jalan besar menuju ke Kuala Lumpur, yang kini hanya tinggal kebun getah sahaja. Kampung ini mendapat nama Pasir Puteh disebabkan oleh bekas tanah itu adalah lombong kapal korek yang penuh dengan pasir putih.
Lawatan ke IKS terkenal Parang Craft Enterprise
Majlis penutup diakhiri oleh En. Abdul Ghani bin Surani, Penghulu Mukim Kalumpang yang katanya, “Daerah Hulu Selangor ini adalah daerah yang paling besar di negeri Selangor, tetapi penduduknya paling sedikit disebabkan banyak terdapat estet dan penempatan menjadi terhad.”
Selepas majlis penutupan kayuhan kali ini, Ketua Kg. Pasir Puteh amat berbesar hati kerana memilih kampung tersebut lantas sudi membawa kesemua peserta untuk melawat pengusaha IKS yang membuat sarung parang,sarung dan hulu keris, ukiran dan lain-lain lagi.
Mohd Nazri b. Hj Jaafar, 55 mewarisi arwah bapanya iaitu menjual barang-barang kraf khususnya senjata orang-orang melayu lama. “Saya sering mendapat tempahan dari jauh seperti di Pahang dan serata semenanjung Malaysia,tetapi itulah saya masih belum lagi ada pelapis” kata beliau sambil tersenyum. Apabila ditanyakan, mungkin beliau bersedia untuk jadi tenaga pengajar di IKBN, beliau hanya mengangguk.
Secara keseluruhan, kayuhan kenali desa 2011 ini mendapat sambutan yang baik di setiap kampung, malah amat baik untuk diteruskan lagi pada masa akan datang agar dapat mengenali dengan lebih mendalam lagi budaya dan cara hidup penduduk desa terpencil ini di samping mengeratkan hubungan sesama masyarakat di bandar dan luar bandar.