Hulu Selangor, 19 November - Kayuhan Kenali Desa 2011 yang dianjurkan oleh Associated Cyclosportif Trekkers cawangan Selangor telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Seramai 34 pengayuh basikal dengan dibantu seramai 22 orang panitia, kelab ini telah melewati hampir keseluruhan daerah Hulu Selangor.
Sebanyak 14 buah kampung, kelab ini telah menjadikan tempat persinggahan sambil bersilaturahim. Tujuan diadakan kayuhan ini adalah untuk mengenali desa dan kampung yang berada di dalam Hulu Selangor ini. Menurut Ketua Jelajah, Encik Ahmad Fauzi bin Abu Hasan, pendekatan yang ini julung-julung kali diadakan di Hulu Selangor dan mendapat reaksi yang positif dari pihak kampung yang terlibat. Kami juga mempromosikan gaya hidup sihat iaitu sambil berkayuh dan tidak mengamalkan dengan amalan merokok. Disamping itu juga kami mempromosikan 'Green Earth' atau 'Bumi Hijau' dengan menanam pokok pada setiap etape (tempat berhenti).

Ianya bermula jam 10 malam pada 18 November dengan kehadiran para peserta dan panitia di Masjid Nurul Hidayah, Desa Maju Sungai Tengi Selatan sebagai tempat menginap. Keesokan paginya pula seawal jam 5 pagi, para peserta sudahpun membuat persiapan untuk solat bersama-sama penduduk dan ketua kampung.
Tepat jam 8.30 pagi, acara perlepasan dan perasmian program Kayuhan Kenali Desa 2011 telah disempurnakan oleh Penghulu Mukim Hulu Bernam Utara, Encik Mohamad bin Jamali. Perjalanan pada hari pertama dimulakan dari Desa Maju Sungai Tengi Selatan dan terus melalui Kampung Felda Gedangsa, Kampung Gesir Tengah, Kampung Lalang, Kampung SKC Seri Keledang, Kampung Alah Batu dan Kampung Felda Soeharto. Jarak kayuhan pada hari pertama ialah sejauh 82km.

Pada hari keduanya, bermula dari Kampung Felda Soeharto tepat jam 830 pagi. Perlepasan disempurnakan oleh Setiausaha JKKK Kampung Soeharto, En Nahar. Beliau bersyukur ke hadrat Illahi kerana ACT telah berhenti berehat dan bermalam di kampung tersebut. Ini akan menjadi satu titik di mana ikatan silaturahim akan bertapak di antara ACT dan Kampung Felda Soeharto. Seterusnya kami bergerak menuju ke Kampung Sungai Selisek, Kampung Serigala, Kampung Orang Asli Serigala, Kampung Hasan, Kampung Hulu Bernam Utara, Kampung Baru Sejantung dan berakhir di Kampung Pasir Puteh, Kalumpang.
Di Kampung Pasir Puteh, kami disambut oleh Ketua kampung Haji Tarmizi bin Karim, Penghulu Mukim Kalumpang, En Abdul Ghani bin Surani dan wakil YDP Majlis Daerah Hulu Selangor, En. Suppiah. Penghulu Mukim Kalumpang mengatakan berbangga dengan program kayuhan ini kerana jarang sekali adanya program sebegini dan ini telah menjadi pencetus bagi masyarakat kampung untuk bersilaturahim sambil berkayuh.
Ketua kampung, Haji Tarmizi mengalu-alukan kehadiran kami dan meminta kami agar hadir lagi ke Kampung Pasir Puteh di masa-masa akan datang. Program Kayuhan Kenali Desa 2011 ini telah dirasmikan penutupannya oleh Penghulu Mukim Kalumpang. Sekian. TNS