Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Semalam, Selasa yang bertarikh 25 Oktober 2011, perwakilan ACT Selangor seramai 8 orang yang diketuai penyelaras ACT Selangor, En. Ahmad Fauzi bin Abu Hasan dapat bertemu muka dan berjumpa dengan penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung seramai 16 orang untuk berbincang mengenai program kayuhan kenali desa.
Mesyuarat yang sepatutnya dijadualkan bermula jam 2.30 petang telah ditangguhkan ke jam 3.30 petang memandangkan ada kalangan ketua kampung masih belum sampai. Ini kerana kerja-kerja di kebun dan ladang belum selesai. Tetapi itu tidak menjadi bebanan apabila perbincangan diteruskan tanpa adanya sebarang masalah.
Kesemua perwakilan ketua kampung sangat teruja dengan program-program sebegini kerana mereka tidak pernah menerima kunjungan dari pihak yang menganjurkan aktiviti berbasikal. Tambahan pula program-program masyarakat sebegini telah lama tidak ada di kampung-kampung ini.
Dengan keterujaan ketua-ketua kampung dan penghulu-penghulu dan juga dari pihak ACT Selangor, banyaklah cadangan, pandangan silih bertukar ganti. Ramailah suara-suara dari ketua-ketua kampung memberikan cadangan waima diumpamakan bunyi sekawan lebah di dalam sarang, lagaknya. Cadangan dan pandangan telah diambil kira untuk dimasukkan dalam program ini.
Bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat, kerana dengan muafakat dan ukhwah inilah terjalinnya persahabatan, dan dari situ makanya terhasillah persetujuan dan keizinan dari ketua-ketua kampung untuk ACT Selangor berkayuh di kawasan-kawasan mereka.
Jangkaan peserta dan panitia ACT Selangor dan sahabat dijangkakan seramai 80 orang. Jangkaan kayuhan pula sejauh 98km. Adanya cadangan dari sesetengah ketua kampung, mencadangkan ingin turut serta dalam kayuhan. Bagi ACT Selangor, yang membawa misi budaya sihat, kami telah maklumkan ketua-ketua kampung di mana, mana-mana penyertaan dari penduduk kampung yang ingin turut berkayuh dibolehkan dengan diletakkan syarat, sepanjang program tiadanya aktiviti merokok. Dan ianya diterima dengan positif oleh ketua-ketua kampung.
Perbincangan dan mesyuarat berakhir dalam lebih kurang jam 6 petang, apabila kedua-dua pihak telah bernoktahkan dengan persetujuan. Diharap segala perancangan dapat dilaksanakan dengan sempurnanya. Insyallah. TNS