DENGKIL, 6 Disember - Mempereratkan ikatan silaturahim dan bermatlamatkan aspirasi negara untuk semua golongan masyarakat, ACT cawangan Selangor melawat Ketua Kampung Dengkil bagi melanjuti ikatan ini pada Sabtu lepas, 4 Disember.
Sebelum ini, ACT pernah membuat kayuhan iaitu Kayuhan Cinta Negara pada 2010 dengan menjadikan Kampung Dengkil ini salah satu destinatinasi perhentian. Kampung Dengkil ini yang bersebelahan Putrajaya adalah kampung tradisi yang agak moden.

Ketua Kampung Dengkil, Tuan Haji Mahmud bin Bunyamin mengajak kami untuk mengait rambutan di hadapan rumahnya. Beliau menyatakan bahawa kawasan Kampung Dengkil ini tiada industri kecil dan sederhana (IKS) disebabkan majoriti penduduk kampung bekerja di Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan yang berdekatan. Penanaman pokok buah-buahan sahaja menjadi kerja sambilan bagi penduduk kampung memenuhi masa lapang.
Rombongan tersebut juga melawat pokok yang ditanam semasa program Kayuhan Cinta Negara. Alhamdulillah, pokok dalam keadaan baik. Selepas selesai lawatan, dalam perjalanan pulang kami singgah ke Taman Cabaran Putrajaya. Sekian. Admin