PENGENALAN JELAJAH FORUM DAN EKSPO MAMPAN Forum dan Ekspo Mampan mengenengahkan pelbagai aktiviti, forum, ekspo, kayuhan basikal, bengkel keusahawanan, bengkel pertanian dan kesenian yang membawa aspirasi pembangunan mampan (sustainable development). Forum dan Ekspo Mampan telah melalui beberapa siri yang telah bermula sejak 2014 di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. Siri Jelajah Forum dan Ekspo Mampan (JFEM) dimulakan pada tahun 2016, tidak lain adalah untuk menyebarkan informasi dan memupuk kesedaran tentang Mampan kepada masyarakat seluruh negara. Diharap usaha ini dapat memberi impak kepada masyarakat agar dapat bersama-sama bersepakat untuk membangun negara. NILAI-NILAI TERAS JFEM Menyemai Sikap Cinta Negara • Menggalakkan generasi kini kenali negara tercinta dengan mewujudkan usaha-usaha membangun. Perpaduan • Memupuk semangat kebersamaan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Peningkatan Jati Diri • Penerapan jati diri yang mantap di dalam setiap peribadi masyarakat. Jati diri juga dapat diertikan sebagai tujuan hidup yang sesungguhnya yang harus dicapai semua manusia. Keusahawanan Masyarakat • Melahirkan usahawan yang berjaya dan tidak alpa dengan norma nilai-nilai murni yang menjadi teras kepada masyarakat kita. Keprihatinan terhadap Pemeliharaan Alam Sekitar • Mendidik masyarakat yang sentiasa peka dengan perubahan alam serta merasakan kehadiran alam perlu untuk kita terus hidup dengan sejahtera. Memertabatkan Seni Kebudayaan Tempatan • Menyanjung tinggi nilai seni budaya tempatan yang kini semakin dipinggirkan oleh kerana kehadiran arus permodenan. Meningkatkan Potensi Pelancongan Daerah • Mempelbagaikan sumber pendapatan masyarakat tempatan dengan menerokai industri pelancongan berasaskan keunikkan daerah tertentu. PESERTA SASARAN Seluruh warganegara, merangkumi – • Agensi Kerajaan • Badan kepimpinan masyarakat • Anggota koperasi • Usahawan dan badan-badan perniagaan • Badan-badan pertubuhan mewakili masyarakat pengguna • Pelajar sekolah rendah, menengah dan penuntut pengajian tinggi • Badan-badan belia JUMPA ANDA DI SANA YE |
0 Comments
Your comment will be posted after it is approved.
Leave a Reply. |
KATEGORI
All
Jumlah Pelawat ke sini
PENAFIAN |