SHAH ALAM: Kelab Basikal Associated Cyclosportif Trekkers, Selangor telah menjadikan platform media elektronik iaitu laman sosial internet sebagai suara untuk bergerak. Laman sosial berkenaan, www.facebook.com/selangor.ACT, yang telah beroperasi hampir 3 tahun, mempromosikan aktiviti berbasikal kepada masyarakat dan aktiviti yang dijalankan dari kalangan ahli ACT, terutamanya ahli ACT Selangor itu sendiri. Laman sosial yang dibanggakan itu telah mencapai pautan sebanyak 265 likes.
Selain memperkenalkan gaya hidup sihat dengan berbasikal, Kelab Basikal ACT ini juga menjadikan aspirasi negara sebagai landasan untuk berbakti kepada masyarakat. Ini kerana, Kelab Basikal ACT ini juga telah mengadakan beberapa siri jelajahan berbasikal seperti Kayuhan Cinta Negara, Jelajah Satu Malaysia, Kayuhan Cinta Desa dengan bertujuan untuk mendekati masyarakat khususnya masyarakat luar bandar sekaligus memartabatkan masyarakat luar bandar dengan mempromosikan produk-produk IKS.
Kelab yang bergerak sebagai badan NGO ini, mempunyai jadual yang amat ketat walaupun dikenali sebagai kelab basikal sahaja. Ini kerana pada tahun ini sahaja, aktiviti kayuhan yang dikenali dengan Kayuhan Cinta Negara 2012 Fasa Pertama baru sahaja selesai pada bulan April dan dirancangkan pula Kayuhan Cinta Negara Fasa Kedua. Kayuhan kali ini bertemakan Menuju Puncak Jaya, kelab ini memilih destinasi berbukit dan bergunung sebagai trek tahun ini.
KCN Fasa Pertama yang dilaksanakan pada bulan April baru-baru ini, telah memilih Gunung Stong di Kelantan sebagai trek kayuhan. Perancangan untuk KCN Fasa Kedua ini, kelab ini telah memilih laluan berbukit yang merentasi Beranang dengan melalui jalan kampung di Lenggeng, Jelebu dan berakhirnya di Sungai Tekala, Semenyih.
Disamping itu juga, Kelab Basikal ACT ini telah bersama-sama dengan Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia (Ya'mal) telah mengadakan Karnival MAMPAN 2012 dengan sokongan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebagai salah satu cabang mempromosikan IKS - TNS