PAYA JARAS, 24 Disember – Program Hari Kesihatan di sini disambut ceria oleh penduduk Kg Paya Jaras Dalam dengan kehadiran dari pelbagai lapisan masyarakat kerana julung kali diadakan. Program ini anjuran Kelab berbasikal ACT dengan kerjasama JKKK Kg Paya Jaras Dalam dengan tema ‘Mari amalkan gaya hidup sihat’.
Hari Kesihatan tersebut berlangsung di Balairaya JKKK Kg Paya Jaras Dalam, bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh, Tok Penghulu Mukim Sungai Buloh 1, En. Hasan b. Haji Idris yang sangat bangga dengan ACT, kerana sudi turun ke kampung – kampung untuk memberi kesedaran tentang pentingnya menjalani hidup yang sihat.
Program bermula dengan aktiviti kayuhan sejauh 13.2 km, melibatkan seramai 25 orang peserta kayuhan ACT dan 8 orang ahli JKKK Kg Paya Jaras Dalam termasuk Tok Penghulu Mukim yang turut sudi berkayuh bersama, mengelilingi kampung tersebut.
Menurut Ketua Ekspedisi ACT, En. Ahmad Fauzi Hassan, beliau sangat menggalakkan gaya hidup yang sihat, dengan menjadikan senaman sebahagian daripada kegiatan harian. Apabila bersenam, kadar denyutan jantung dan pernafasan meningkat dengan menyediakan lebih banyak oksigen kepada sel – sel badan. Oksigen yang dibekalkan kepada sel - sel memainkan peranan penting untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit. Lebih banyak oksigen beredar dalam sistem tubuh, lebih banyak tenaga yang dihasilkan, dan tubuh akan berasa lebih sihat. Oleh itu, beliau memilih untuk melakukan senaman berbentuk aktiviti fizikal seperti berbasikal, supaya lebih dekat dengan masyarakat dan dapat mempengaruhi golongan anak muda kepada aktiviti yang lebih berfaedah.
Selesai kayuhan, program diteruskan dengan aktiviti senaman aerobik di kalangan wanita yang dipimpin oleh Puan Puspa. Walaupun hujan mulai turun renyai – renyai, penduduk masih bersemangat untuk bersenam.
Turut hadir di program tersebut ialah Timbalan Pengarah DUN, Tuan Haji IR Isni bin Dahlan berkata, “Ketika saya berkayuh, seperti ada kekuatan yang luar biasa dan tidak timbul penat kerana ada berkat dengan semangat kerjasama dan kepimpinan yang ditunjukkan dari semua peserta ACT yang berkayuh. Berbasikal dalam baris lurus yang mengikut pemimpin di depan, seperti Imam Bukhari R.A meriwayatkan daripada Saidina Umar bin AL Khattab R.A, bahawa beliau berkata yang bermaksud: ‘Tidak ada Islam melainkan dengan jamaah, dan tidak sempurna jamaah tanpa pemimpin dan tidak ada erti kepimpinan tanpa ketaatan,”.
Hari Kesihatan kali ini menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma dari Klinik Kesihatan Sungai Buloh yang diketuai oleh Dr Selva Mala a/p Periasamy, telah hadir bersama 5 orang kakitangan lain. Perkhidmatan ini meliputi pemeriksaan tekanan darah, kencing manis, mendapatkan indeks jisim tubuh (BMI) yang sesuai dengan umur dan kaunseling. Dr Selva Mala melahirkan rasa amat terharu dan bangga kerana majoriti yang hadir di program ini membuat pemeriksaan kesihatan di sini dan memanfaatkan peluang yang ada untuk bertanya tentang masalah kesihatan mereka. Beliau juga menyokong aktiviti berbasikal yang dianjurkan oleh ACT, kerana ia sangat baik untuk kesihatan tubuh badan di samping tidak melibatkan kos yang terlalu tinggi.
Walaubagaimanapun, menurut Ketua Kg Paya Jaras Dalam, En. Mohd Jafri, kehadiran penduduk kurang kerana keadaan cuaca yang hujan, dan sebahagian yang masih bekerja, sementara golongan warga emas pula kebetulan telah menyertai rombongan kesihatan ke luar daerah. Beliau merancang untuk mengadakan sekali lagi program tersebut dengan pengisian yang berbeza.
Gaya hidup yang sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengekalkan pengamalan kegiatan harian yang berlandaskan aktiviti yang sihat dan bersedia untuk mengubah sikap yang selalu memandang rendah kepentingannya, di samping memahami konsep bahawa mencegah lebih baik dari mengubatinya. TNS-Norhasyimah Hassan