Dalam proses Negara kita menuju ke arah status Negara maju berpendapatan tinggi, dunia pada ketika ini sedang melalui perubahan ekonomi dan sosial yang amat ketara terutamanya peralihan daripada ekonomi tradisional dan berasaskan komoditi kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi serta perkembangan pesat teknologi. Ini sesungguhnya memerlukan kita untuk merencana pendekatan yang lebih inovatif dan kreatif agar lonjakan ekonomi Negara dapat dicapai secara mapan dan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Dalam perkara ini, IPTA mempunyai peranan yang amat penting iaitu untuk menyediakan Negara dengan tenaga kerja dan modal insan yang bukan sahaja berilmu dan berkemahiran tetapi juga mempunyai kualiti yang diperlukan dalam abad ke-21 seperti berinovasi, kreatif, berdaya saing, berdaya tahan, peka kepada persekitaran, bijak mengoptimumkan peluang serta mempunyai daya kepimpinan dan integriti yang tinggi. Maka, kerajaan berpandangan adalah signifikan bagi pelajar-pelajar IPTA untuk didedahkan dan diterapkan dengan nilai dan budaya keusahawanan tani bagi kita membentuk generasi muda yang berkualiti dan berdaya keusahawanan untuk mendokong dan memacu perjalanan Dasar Agromakanan Negara menjelang 2020.
Program Kelab MYAGROSIS adalah kerjasama secara blue ocean strategy (BOS) antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melalui Jabatan/Agensi dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui IPTA-IPTA. Ianya merupakan satu BOS di antara dua (2) Kementerian ini bagi mewujudkan golongan pelapis yang terdiri daripada belia siswazah di IPTA dalam melaksanakan aktiviti Pertanian semasa di dalam kampus lagi.
Dasar Agromakanan yang baru diluluskan oleh Kerajaan akan memberi satu cabaran yang besar kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam memastikan pengeluaran makanan mencukupi untuk rakyat dan kita memerlukan belia siswazah sebagai usahawan yang kreatif dan inovatif. Justeru itu, aspek latihan sambil belajar dan penyampaian perlu ditingkatkan supaya ianya lebih berkesan.
Maka atas dasar itu, kerjasama antara 13 Jabatan/Agensi MOA dengan 20 IPTA adalah lebih menjurus kepada persediaan dan pelaksanaan program kelab MYAGROSIS kepada para siswazah di Negara ini tentang bagaimana pentingnya industri Pertanian dipelopori oleh golongan siswazah. Sebelum ini, stigma mengenai industri pertanian di kalangan siswazah adalah lebih kepada persepsi bahawa ianya adalah pekerjaan yang bukan setaraf untuk pemegang ijazah – perlulah diubah. Pastinya ia akan menyebabkan industri Pertanian itu sendiri akan mengalami satu proses kematangan yang lambat. Ini kerana dalam mana-mana industri, ianya berpaksikan kepada Segitiga lmu (Knowledge Triangle), di mana terdapat tiga (3) komponen yang penting untuk menjayakannya iaitu Penyelidikan, Inovasi dan Ilmu itu sendiri. Melalui Segitiga Ilmu ini lah, maka hasrat kerajaan untuk memacu sesebuah industri itu secara massa dapat dicapai. Apa yang menariknya, ketiga-tiga komponen yang saya sebutkan tadi berada di dalam universiti, dan para siswazah merupakan salah satu output daripada Segitiga Ilmu tersebut tadi.
Artikel diambil dari blog Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.