Kelab Associated Cyclosportif Trekkers (ACT) Selangor menyasarkan aktiviti berbasikal berbentuk kesihatan dan kemasyarakatan untuk setiap ahli kelab berkenaan.
Koordinator ACT Selangor, Ahmad Fauzi Abu Hasan berkata, pemilihan aktiviti sebegitu dilihat memberi banyak impak positif dalam kalangan mereka.
Misalnya, aktiviti menjelajah secara berbasikal ke kawasan tertentu seperti kampung tradisi mahupun pendalaman, dapat menyemai kesedaran dan nilai murni dalam kalangan peserta yang rata-ratanya belia dan remaja.
Ini secara langsung dapat menerap nilai mencintai negara ini dan menghayati permasalahan penduduk di kawasan berkenaan.
“Program tersebut mampu mengeratkan hubungan kalangan masyarakat berbilang kaum dengan penyertaan semua pihak dalam program sebegini,” katanya kepada penulis.
Ahmad Fauzi berkata, sejak ditubuhkan pada 2008, ACT Selangor masih mengekalkan misinya yang mahu menganjurkan aktiviti dari semasa ke semasa khusus untuk ahli kelab.
Menurutnya, sehingga kini puluhan aktiviti berjaya dilaksanakan, antaranya Kayuhan Bangi ke Kampung Bunga Lalang, Kayuhan Cinta Desa kawasan Dun Sementa dan Kayuhan Cinta Desa Daerah Ulu Bernam.
ACT Selangor juga turut menganjurkan aktiviti Kayuhan Kesihatan bersama Kampung Paya Jaras Dalam dan Kampung Melayu Subang, Kayuhan 1000 Belia anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kayuhan Sihat Ceria anjuran Media Karangkraf dan banyak lagi kayuhan yang dibuat sendiri tanpa melibatkan masyarakat kampung.
Beliau memberitahu, ACT Selangor pernah mengiringi orang kenamaan iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menyertai acara di Kampung Sungai Sembilang, Jeram, Selangor.
“Mengiringi pemimpin negeri adalah satu penghormatan buat ACT Selangor,” ujar Ahmad Fauzi lagi.
Pilihan utama
Permulaan penubuhan kelab ini, hanya dua orang sahaja yang menganggotainya. Bagaimanapun setelah perubahan demi perubahan dilakukan, bilangan ahlinya menjangkau 40 orang berusia sekitar 20 tahun hingga 55 tahun.
Kebanyakan ahli yang menyertai ACT Selangor itu pula adalah kalangan mereka yang meminati aktiviti berbasikal.
“Sebenarnya, mereka ini bermula dengan satu hobi. Dari situ, tergerak hati untuk menubuhkan kelab basikal kerana mendapat sambutan hangat kalangan ahli. Jadi, perancangan dibuat dan akhirnya kami berjaya menubuhkan ACT Selangor ini,” kata Ahmad Fauzi.
Setiap kali memulakan aktiviti kayuhan ke lokasi terpilih, Ahmad Fauzi berkata, semua ahli kelab akan memulakan acara dengan menyanyikan lagu Negaraku. Seterusnya doa Asma Ul-Husna dibacakan dan kemudian ikrar janji atlet.
“Sepanjang kayuhan itu berlangsung, kami akan berkayuh mengikut kelompok yang disusun bagi tujuan keselamatan. Kebiasaannya pihak PDRM akan membantu untuk menjaga laluan berserta marsyal kami sendiri,” katanya.
Setibanya di destinasi yang dituju, mereka akan mengadakan acara bersama masyarakat kampung seperti mengadakan gotong royong membersihkan kawasan dan lawatan ke tempat bersejarah.
Ahli ACT Selangor juga akan menanam beberapa batang pokok sebagai tanda dan usaha dalam mengatasi masalah pemanasan global. Selaras dengan moto kelab Together as one, Ahmad Fauzi mengharapkan segala aktiviti yang diadakan dapat memberikan ahli kelab gaya hidup sihat dan ruang kerjasama yang berterusan.
Waktu kecemasan
Kelab yang ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang, dari profesional hinggalah ke suri rumah itu, mula dikenali dengan matlamat dan visi positif mereka berbasikal.
“Kami gembira kerana ACT Selangor mendapat tempat di hati masyarakat. Sekurang-kurangnya penyertaan mereka dalam kelab ini membantu ahli kelab menimba sebanyak mungkin pengalaman berbasikal di samping mengikuti aktiviti riadah yang menarik,” jelasnya.
Sepanjang ekspedisi berbasikal dilakukan, setiap ahli kelab perlu memastikan segala peralatan berkaitan aktiviti berbasikal dibawa bersama.
Peralatan baik pulih dan first aid perlu dibawa sepanjang masa kerana mereka tidak dapat menjangkakan perkara yang tidak diingini akan berlaku nanti.
Namun begitu, jika berlaku kerosakan pada basikal ahli, mekanik basikal yang mengikuti kayuhan itu akan membaikinya. Jika gagal dibaiki, van membawa basikal yang turut serta akan mengangkut basikal terbabit.
Ahmad Fauzi berkata, ACT Selangor mahu melahirkan lebih ramai masyarakat yang memiliki kesihatan fizikal dan mental.
“Justeru, berkayuh adalah satu sukan yang sangat baik untuk menjaga kesihatan dan dalam masa yang sama boleh menjelajah mengenali negara,” katanya sambil memberitahu penggunaan basikal juga selari dalam penjagaan alam sekitar. Wartawan Sinar Harian - Roshlawaty Raieh